.: COUNTLESS THANKS TO :.

Monday, December 30, 2013

301213 - KENANGAN BALUT BUKU SEKOLAH

terbaca banyak status perihal ramai sedang membalut & melabel buku sekolah anak-anak.

membawa aku terkenangkan kisah dulu.

sebagai anak sulung, aku dipertanggungjawabkan untuk banyak tugas. antaranya membalut semua buku sekolah aku dan adik-adik.

mulanya biasalah - merungut, mengeluh, merengus, mengomplen, berdrama Melayu Tamil Cina semua ada aku buat [kes anak sulung perasan macam beban sedunia diletakkan ke bahunya la ni... pastu susah terima hakikat dia jadi anak sulung kekdahnya kakakaka...]

lama-kelamaan tiap kali hujung tahun mendatang, aku redha dan redah saja melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan tu. sebab aku faham - kalau bukan aku, siapa lagi nak buat?

abah buat dua tiga kerja nak tampung perbelanjaan keluarga. mak pun kerja di pejabat, baliknya perlu memasak untuk keluarga [terutamanya untuk anak sulungnya yang paling banyak makan - tengok tank saja sudah tau maaah...], urus adik-adik lagi, basuh baju-kemas rumah-periksa kerja sekolah anak-anak lagi...

jadi abah sekadar mengajar cara-cara membalut buku dengan kemas. setiap lipatan balutan tu, mana nak digunting, mana perlu dilekatkan, sudut mana lekatannya patut dibuat dsb, yang pada mulanya aku rasakan, amat menyeksakan jiwa raga aku yang memberontak, sebab "ah renyahnyaaaaa... hais... balut buku je kot... macam sains roket la pulaaaaa..."

lepas abah demo satu buku, aku kena habiskan yang selebihnya. sebab banyak masa lagi dihabiskan dengan mengeluh, maka projek tu mengambil masa berhari juga nak dihabiskan mulanya.

tapi, bila dah faham tekniknya, seninya, susun atur kerjanya, aku tahu susun masa aku sendiri. beberapa hari pertama, buku-buku hanya dibalut - setiap sudut plastik aku tekan dengan kuku dan kemudiannya aku tindih dengan objek berat, letakkan setempat.

selesai semua dibalut, aku trim pula apa yang patut, lipat mana yang perlu. sekali lagi aku tekan dengan kuku semua lipatan.

habis proses tu, aku lekatkan setiap pertemuan lipatan, dengan pita lekat, dengan memastikan pita tak terkena pada kulit buku.

proses renyah lagi cerewet ini, membuatkan balutan buku aku alhamdulillah bertahan sehingga saat buku-buku tu dipulangkan semula kepada pengawas Skim Pinjaman Buku Teks sekolah.

dan ternyata, skill ini adalah antara yang paling aku hargai sehingga kini. insyaAllah, Nazrin dan adik-adiknya akan aku ajarkan juga skill ini, sebagaimana abah & mak mengajarkannya kepada aku.

*bittersweet memories*
 
 
 

Tuesday, July 16, 2013

SUSU IBU CAIR? NAK PEKATKAN?

Isu pekat/cair susu ibu. sering dikaitkan dengan anak tak kenyang, anak meragam, anak tak naik berat, anak tak aktif, anak sering sakit dan sering pula dibandingkan dengan susu buatan manusia.

Yang tak faham konsep penyusuan susu ibu [PSI], dilanda pula masalah anak tengah meragam hingga menjejaskan kesihatan dan kenaikan berat anak, didatangi pula satu lagi pihak yang juga tak faham konsep PSI, menyogok produk itu-ini bahawa "boleh memekatkan susu ibu supaya anak kenyang, senang naik berat, bertambah-tambah aktif, sihat walafiat dan boleh membuatkan susu ibu rasa lebih sedap hinggakan bayi akan suka gila tahap dewa lepas tu, berbanding dengan ibu-ibu yang tak makan/minum/pakai produk itu-ini" mereka tu.

Susu ibu ni, dah dikira siap-siap formulasinya oleh Tuhan. Dia lagi tahu apa khasiat yang terkandung, untuk apa dan banyak mana ikut keperluan anak. tak berlebih, tak berkurang. Semua tu ada hikmahnya, yang mana tak mampu dicapai oleh akal fikiran manusia, sebab nama pun kita manusia kan?

Memandangkan setiap kejadian yang Allah ciptakan tu ada kelebihan masing-masing, susu ibu yang nampak cair dan pekat tu, ada la fungsi meke masing-masing, kan?

Lepas tu, PSI ni, macam roller-coaster kehidupan. ada naik, ada statik, ada turun, ada mencanak-canak naik, ada tiba-tiba menjunam jatuh. Jalan cerita novel yang kadang-kadang tak berpijak di bumi nyata tu pun ada turun-naik kan?

Jadi, kenapa susah hati bila anak meragam tiap kali disusukan, dan terus menyalahkan susu ibu sebagai punca? Kenapa tak cari punca anak meragam dan menolak untuk disusukan?

Anak tu, manusia. ada emosi, perasaan, fikirannya sendiri. Cubalah cari punca, kot dia meragam pasal sakit dalam telinga ke, atau sakit tekak susah nak menelan ke, ada ulser pada lidah ke, nak demam ke, nak tumbuh gigi ke - cari satu-satu punca. Macam kitalah yang dewasa ni, kalau kita tak sihat, kita cari punca kenapa kita tak sihat kan?

Tapi aku tak tahulah kalau orang lebih senang cari produk itu-ini bila rasa tak sihat sedangkan jawapannya boleh dicari dalam diri sendiri aje. Bukannya terus keluarkan sedebuk duit beli produk itu-ini kan. Aku tak mampu. Gaji tak besar mana. Belajar takat PMR. Apa boleh buat.

*mode jelak tengok orang pertikai susu ciptaan Tuhan*

Monday, July 15, 2013

150713 - KISAH SEBUNGKUS ROTI

Dipanjatnya meja, diambilnya roti.
Segera dia mengundur berhati-hati.
Kerusi dipijak untuk menuruni.
Sambil erat digenggamnya roti.

Dibawa kepada perhatian maknya.
Minta ikatannya dilonggarkan segera.
Tekun memerhati roti dipinta.
Dapat secebis teruja hatinya.

Sambil makan sambil mengerjakan.
Plastik roti sengaja ditonggengkan.
Mujur cepat ambil tindakan.
Tidaklah roti habis bertaburan.

Roti secebis tak memuaskan.
Sekeping besar cuba dihadapkan.
Sudahnya jadi bahan mainan.
Ke lantai akhirnya dilemparkan

Cukup geram dengan perbuatannya.
Plastik roti diikat semula
Diminta menghantarnya ke meja.
Dia menurut tanpa kata-kata.

"Pandai,..." pujian tulus diterimanya.
Dia memandang penuh makna.
Berat sudah ketara matanya.
Tanda lena hampir menjelma.

Dari jauh tangan kudepa.
Biar dia lari menerpa.
Segera dipulangkan pelukan seikhlasnya.
Erat dakapannya melingkari raga.

 


KOLOSTRUM

Kolostrum [English : colostrum]

Susu awal untuk bayi mamalia.

Kalau manusia, susu dalam peringkat ini, tak rupa macam susu biasa yang dilihat, sebaliknya lebih kepada cecair likat pekat berwarna coklat yang sering disalah anggap sebagai nanah atau benda kotor dan sering dibuang, pada masa kurangnya pendedahan tentang penyusuan susu ibu dulu-dulu.

Kolostrum yang sedikit ini merupakan makanan yang paling sesuai, lengkap dan CUKUP untuk bayi baru lahir. rendah kandungan lemak, tinggi karbohidrat, protein dan antibodi untuk memastikan bayi sihat.

Kolostrum sangat mudah dihadam dan diserap oleh sistem usus anak yang masih terlalu muda untuk memproses makanan lain, akan membuatkan anak mudah membuang air besar, sekaligus menggalakkan penyingkiran bilirubin berlebihan dan membantu mengelakkan anak mengalami jaundis.

Memang jumlahnya sedikit [boleh dipicit dengan tangan, menggunakan sudu teh plastik sebagai bekasnya dan terus disuapkan kepada anak], tapi super-packed dengan pelbagai khasiat yang diperlukan untuk bayi. sesuailah dengan ukuran perut bayi yang masa tu sebesar guli kecil saja [muatannya cuma 5-7ml sahaja pada hari pertama dan beransur berkembang jadi 0.75ml-1oz pada hari ketiga].

Kolostrum biasanya terhasil pada peringkat trimester terakhir kehamilan tapi mak-mak tak perlu risau kalau tak simpan susu itu - kolostrum baru akan terhasil sebaik sahaja anak dalam kandungan dilahirkan.

Lepas tu, kita ada kolostrum dari lembu pula.

Memandangkan kita maklum bahawa kolostrum terhasil sebaik saja bayi dilahirkan, keadaan yang sama juga berlaku bila lembu beranak, kan?

Kita juga biasa ditemukan dengan produk-produk yang ada kolostrum.

Sekaligus membuatkan aku terfikir, kalau dah susu awal untuk anak lembu kita yang dapat melalui pelbagai produk, takkah macam,... kejamnya kita ni?  Walaupun aku ragu-ragulah banyak mana sangatlah jumlah kolostrum yang dapat dikumpulkan untuk dicampur dalam barangan digunakan manusia kan, tapi konsepnya masih,... agak kejamlah pada aku. Sebab susu awal ni untuk bayi lembu.  Kita pulak guna... Padahal banyak lagi benda lain boleh ditelan kan?

@_@


SUAP MAKAN = MAKAN SUAP?

Aku share satu status dari sorang kawan. Pedas? Menyengat? Terbako hati sape yang tahu?


Ini hakikat. Yang perlu ramai telan hanya kerana mereka dianggap masih terlalu muda dan tak tahu apa-apa tentang penjagaan anak, seolah-olah yang menganggap ni, lahir-lahir saja terus tahu semuanya A hingga Z pasal penjagaan anak dari bayi hingga dewasa, yang sampai tak boleh nak hormat pendirian yang muda dalam hal menjaga sendiri anak-anak mereka.


Jadilah orang dewasa yang bijak. Masuk campur hanya bila perlu. Biarkan saja orang uruskan hal rumahtangga dan penjagaan anak-anak mereka sendiri, selagi tak mendatangkan mudarat kepada mana-mana pihak terutamanya pada si bayi yang masih kecil. 


Ini status kawan aku. Aku kopipes dari dia yang memetik seorang lagi kawan berkata-kata. 


Ini bukan nak mengajar mak-mak jadi laser sampai tak peduli nak hormat orang. Tapi untuk buat kita beringat - "itu anak orang. bukan anak aku. jangan aku mandai-mandai suap macam-macam. sebab itu BUKAN anak aku yang aku kena jaga kalau sakit atau terjejas dek makanan yang aku suapkan sesuka hati perut aku."


"Perihal ada tangan-tangan yang sukaaaa menyuap anak-anak kita yang bukan-bukan?

"Suka dia makan. Akak suap la tengok dia makan laju."
"Sikit je akak suap kuih koci tu."
"Aku bagi anak kau makan telur masak kicap Senah. Makanan yang kau buat tu tawar, semua takde rasa."


Meh sini nak bagitau the ultimate answer.


"Bayi kau sumbat taik semangkuk pun abis".  

Jangan marah ah ;)